PERSATUAN PENDUDUK DAN ANAK RANTAUAN KAMPUNG SLOW TEMIANG KUALA KRAI KELANTAN


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Selamat datang……


Selamat datang ke laman ini. Blog ini diwujudkan pada 03 mac 2013. semuga blog ini menjadi saluran informasi rasmi kepada anak-anak penduduk kampung slow temiang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan kampunng slow temiang setiap masa. Pengaktifkan blog ini demi kesejahteraan, kehormonian, keindahan dan kekuatan ukhwah anak-anak penduduk kampung slow temiang. Anda dialu-alukan memberi komen dan cadangan untuk menambahbaik laman blog ini. Terima kasih

Friday, 13 December 2013

Bantuan musim tengkujuh

Pada 25 November 2013, pihak persatuan telah mengagihkan bantuan berupa barangan makanan sempena musim tengkujuh. Dana diperolehi daripada ahli-ahli persatuan dan juga orang ramai (NGO). Pengagihan diberi berdasarkan kepada kategori ibu tunggal, kurang berkemampuan serta pendapatan terjejas akibat musim tengkujuh.

Aktiviti bermula seawal pagi selepas bersarapan, AJK, anak-anak kampung serta bantuan anak-anak yang bercuti sekolah membungkus barangan makanan berupa beras, gula, tepung, minyak, biskut, ikan kering dan keropok. Kemudian bantuan diagihkan dari rumah ke rumah sambil AJK menerangkan objektif persatuan ditubuhkan serta mengalu-alukan orang kampung untuk mendaftar sekiranya masib belum berdaftar. Disamping itu, pijak AJK juga mengumpulkan bil Astro bagi mengemaskini alamat penghantaran bil.

Aktiviti berakhir dalam sekitar jam 7.30 malam dan diikuti dengan Solat Hajat di Masjid Kampung Slow Temiang untuk berdoa untuk kemakmuran, kesejahteraan dan keberkatan bagi penduduk kampung serta pihak penderma.

Pihak AJK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penderma dan pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua (you know who you are), dan pihak AJK mengharap usaha berterusan serta sokongan dapat diberikan dari semua pihak untuk aktiviti seterusnya.













Surau kampung yang perlu dibaikpulih dan dinaiktaraf.



Antara gambar rumah penduduk yang sempat diambil