PERSATUAN PENDUDUK DAN ANAK RANTAUAN KAMPUNG SLOW TEMIANG KUALA KRAI KELANTAN


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Selamat datang……


Selamat datang ke laman ini. Blog ini diwujudkan pada 03 mac 2013. semuga blog ini menjadi saluran informasi rasmi kepada anak-anak penduduk kampung slow temiang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan kampunng slow temiang setiap masa. Pengaktifkan blog ini demi kesejahteraan, kehormonian, keindahan dan kekuatan ukhwah anak-anak penduduk kampung slow temiang. Anda dialu-alukan memberi komen dan cadangan untuk menambahbaik laman blog ini. Terima kasih

Thursday, 12 February 2015

Perjumpaan Ahli Persatuan

Pada 10 Januari 2015 hari sabtu yang lalu pihak persatuan telah membuat satu mesyuarat bersama ahli dan ajk yang bertempat di shah alam bagi membincangkan program yang akan diadakan pasa masa hadapan.





Bendahari

Masing-masing tekun dan komited

Thursday, 29 January 2015

Pengagihan Sumbangan Bekalan Makanan Kepada Mangsa Banjir

Bismillah...
Cerita bergambar....
Ini adalah kiriman serta sumbangan anda kepada seluruh warga Kampung Slow Temiang. Antara reaksi penduduk ada yang menangis, sebak dan melahirkan rasa kesyukuran atas keprihatinan semua pihak.


Wajah-wajah mereka yang bertungkus lumus menyediakan keperluan anda. Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang.




Antara krew yang terlibat dalam kerja-kerja angkat serta agih barang.



Persiapan sebelum sumbangan diagihkan.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua pihak tidak kira fahaman politik dan agama telah berganding bahu bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.






Agihan bekalan kepada ahli keluarga. Alhamdulillah semua selamat diterima oleh keluarga masing-masing. Layankanlah gambar kat bawah ni.










































Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan serta yang menymbangkan tenaga. Jasa anda amatlah dihargai.

''Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima''.

Friday, 16 January 2015

Kisah Banjir

Bismillah....

Hujung tahun 2014 penduduk pantai timur diduga dengan musibah besar banjir. Kawasan yang terjejas teruk adalah kawasan-kawasan pedalaman seperti manik urai, kuala gris, bukit abu, dabong, kemubu dan banyak lagi dan selain dari itu bandar Kuala Krai dan Gua Musang antara yang terjejas teruk. Kebanyakan jalan-jalan utama terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa demi keselamatan orang awam .

Ini menyebabkan hubungan antara kampung dan juga bandar terputus. Kesan daripada tragedi ini kebanyakan kampung telah terputus bekalan makanan.  Lebih menyedihkan lagi bekalan elektrik dikebanyakan tempat terpaksa ditutup. 

Sehubungan dengan itu, anak-anak diperantauan dengan kerjasama pihak persatuan telah mengambil langkah segera untuk menghantar bekalan makanan kepada keluarga dikampung serta seluruh warga Kampung Slow Temiang.

Persiapan oleh anak-anak muda diperantauan:



Mereka ini telah diamanahkan untuk membeli serta membungkus setiap kiriman bekalan dari anak-anak rantau yang tidak dapat menghadirkan diri kerana tinggal diluar kawasan KL dan Selangor. 






Anak rantau yang mana telah bank-in duit kepada wakil dari pihak persatuan anda tidak perlu risau, ini kerana amanah anda telah ditunaikan.



Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, proses pengumpulan bekalan makanan dapat diuruskan dengan lancar. Dengan ini, pihak persatuan amat berterima kasih kepada insan2 yang sudi memberi sumbangan serta yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. 

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pemilik serta pemandu lori yang datang jauh dari kampung untuk mengambil stok bekalan iaitu Keluarga Abe Soh. 






Sumbangan Buah Kurma

Assalamualaikum...

Nak update tentang citer tahun lepas walaupun dah sedikit terlewat tapi takper la kan.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Persatuan pada tahun 2014..Salah satunya Agihan Buah Kurma sempena kedatangan bulan ramadhan. 

Jom layan gambar semasa proses pembungkusan kurma dilakukan:-
















Kami telah mengagihkan sumbangan buah kurma kepada 130 buah rumah. Terima kasih kepada AJK persatuan yang terlibat. Jasamu dikenang.