PERSATUAN PENDUDUK DAN ANAK RANTAUAN KAMPUNG SLOW TEMIANG KUALA KRAI KELANTAN


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Selamat datang……


Selamat datang ke laman ini. Blog ini diwujudkan pada 03 mac 2013. semuga blog ini menjadi saluran informasi rasmi kepada anak-anak penduduk kampung slow temiang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan kampunng slow temiang setiap masa. Pengaktifkan blog ini demi kesejahteraan, kehormonian, keindahan dan kekuatan ukhwah anak-anak penduduk kampung slow temiang. Anda dialu-alukan memberi komen dan cadangan untuk menambahbaik laman blog ini. Terima kasih

Friday, 16 January 2015

Kisah Banjir

Bismillah....

Hujung tahun 2014 penduduk pantai timur diduga dengan musibah besar banjir. Kawasan yang terjejas teruk adalah kawasan-kawasan pedalaman seperti manik urai, kuala gris, bukit abu, dabong, kemubu dan banyak lagi dan selain dari itu bandar Kuala Krai dan Gua Musang antara yang terjejas teruk. Kebanyakan jalan-jalan utama terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa demi keselamatan orang awam .

Ini menyebabkan hubungan antara kampung dan juga bandar terputus. Kesan daripada tragedi ini kebanyakan kampung telah terputus bekalan makanan.  Lebih menyedihkan lagi bekalan elektrik dikebanyakan tempat terpaksa ditutup. 

Sehubungan dengan itu, anak-anak diperantauan dengan kerjasama pihak persatuan telah mengambil langkah segera untuk menghantar bekalan makanan kepada keluarga dikampung serta seluruh warga Kampung Slow Temiang.

Persiapan oleh anak-anak muda diperantauan:



Mereka ini telah diamanahkan untuk membeli serta membungkus setiap kiriman bekalan dari anak-anak rantau yang tidak dapat menghadirkan diri kerana tinggal diluar kawasan KL dan Selangor. 






Anak rantau yang mana telah bank-in duit kepada wakil dari pihak persatuan anda tidak perlu risau, ini kerana amanah anda telah ditunaikan.



Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, proses pengumpulan bekalan makanan dapat diuruskan dengan lancar. Dengan ini, pihak persatuan amat berterima kasih kepada insan2 yang sudi memberi sumbangan serta yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. 

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pemilik serta pemandu lori yang datang jauh dari kampung untuk mengambil stok bekalan iaitu Keluarga Abe Soh. 






No comments:

Post a Comment