Assalamualaikum....Pihak persatuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk kampung pada tahun 2014 yang bertempat di Wakaf KTMB Kampung Slow Temiang. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung.
Pihak persatuan berbesar hati telah menyediakan hadiah cabutan bertuah bagi tetamu yang hadir. Selain itu, majlis diserikan lagi dengan pengagihan sumbangan duit raya.
Sebelum terlupa nak cerita sedikit tentang menu yang telah disediakan oleh ihak persatuan. Menu pada hari tersebut ialah, laksa penang, bihun goreng, ketupat, tapai, biskut raya dan lain-lain.
Majlis bermula pada jam 7:30pagi itu telah berakhir jam 5:00petang dengan kehadiran yang dianggarkan sehingga 500 orang.
No comments:
Post a Comment